Friday, December 28, 2012

Telogen Effluvium

Image credits to google.com

Salam Jumaat NutrieMs! Hari ni kami nak kongsi sedikit info berkenaan salah satu jenis keguguran rambut yang dinamakan "Telogen Effluvium".

"Telogen Effluvium" adalah satu fenomena yang berlaku selepas proses kehamilan, pembedahan major, penurunan berat badan yang ketara atau ketika seseorang berada di tahap stress yang sangat tinggi, dimana rambut dikatakan gugur dengan terlalu banyak ketika mencuci, menyikat atau menggayakannya. Ia juga berpunca dari kesan sampingan ubat-ubatan tertentu seperti ubat anti-depresi dan beta-blockers.

Telogen adalah satu fasa dimana folikel rambut kita "berehat" apabila mencapai kitaran hidup yang sempurna. Fasa ini menyebabkan rambut matang akan gugur dan diganti dengan rambut baru pula. Telogen Effluvium pula berlaku apabila folikel-folikel rambut yang masih belum cukup matang atau masih muda "dipaksa" memasuki fasa Telogen, menyebabkan rambut gugur dengan banyak dan boleh mengakibatkan kenipisan rambut atau kebotakan, walaupun hanya untuk sementara waktu.

Rawatan secara klinikal tidak selalunya berkesan untuk kondisi seperti ini kerana ia akan berlalu dengan masa yang agak lama. Antara perkara lain yang boleh dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah ini adalah mengenalpasti apakah punca rambut mereka gugur, dan cuba untuk mengurangkan aktiviti atau menjauhkan diri dari penyebab ia berlaku.

Di sinilah Nutri M Anti Hairloss Regimen akan mengambil tempat sebagai booster untuk mempercepatkan proses penumbuhan semula rambut dengan kadar yang optimum dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan oleh folikel rambut agar ia lebih kuat dan kembali sihat semula.

And the only way to find out if it works or not is by trying it yourself :) Hubungi kami segera agar kami dapat membantu anda!