Friday, December 28, 2012

Stress Antara Punca Utama Masalah Rambut


Stress adalah salah satu punca utama masalah uban pra-matang & keguguran rambut yg serius. Kalau anda pakai produk yang paling bagus dalam dunia atau sentiasa cuci rambut di salun yang paling mahal sekalipun, masalah ini sukar untuk dirawat jika hidup anda selalu tertekan. So keep calm & banyakkan zikir bagi yang Muslim :)

p.s. Tahukah anda, stress juga boleh merangsang "penternakan" lemak di bahagian abdomen? SERIOUS!


Vitamin B12 Untuk Rambut Sihat & Cantik

Image credits to google.com

Salam sayang NutrieMs! Tahukah anda, pengambilan makanan yang mempunyai kandungan vitamin B12 yang tinggi boleh membantu anda mendapatkan rambut yang sihat dan cantik?

Sumber makanan yang mempunyai vitamin B12 adalah termasuk keju, daging ayam, daging lembu dan makanan laut seperti udang dan ikan. Selain daripada membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kekuatan rambut, makanan ini juga mampu menambah bekalan darah dalam badan, dengan sekaligus dapat mengelak daripada masalah anaemia (masalah kekurangan darah).

Alhamdulillah, Tuhan telah anugerahkan kita dengan pelbagai jenis makanan yang lazat dan berkhasiat kan? Definitely something to be deeply thankful for :)

Have a brilliant day ahead, NutrieMs!

Ikhlas,
Team Nutri Enterprise

Telogen Effluvium

Image credits to google.com

Salam Jumaat NutrieMs! Hari ni kami nak kongsi sedikit info berkenaan salah satu jenis keguguran rambut yang dinamakan "Telogen Effluvium".

"Telogen Effluvium" adalah satu fenomena yang berlaku selepas proses kehamilan, pembedahan major, penurunan berat badan yang ketara atau ketika seseorang berada di tahap stress yang sangat tinggi, dimana rambut dikatakan gugur dengan terlalu banyak ketika mencuci, menyikat atau menggayakannya. Ia juga berpunca dari kesan sampingan ubat-ubatan tertentu seperti ubat anti-depresi dan beta-blockers.

Telogen adalah satu fasa dimana folikel rambut kita "berehat" apabila mencapai kitaran hidup yang sempurna. Fasa ini menyebabkan rambut matang akan gugur dan diganti dengan rambut baru pula. Telogen Effluvium pula berlaku apabila folikel-folikel rambut yang masih belum cukup matang atau masih muda "dipaksa" memasuki fasa Telogen, menyebabkan rambut gugur dengan banyak dan boleh mengakibatkan kenipisan rambut atau kebotakan, walaupun hanya untuk sementara waktu.

Rawatan secara klinikal tidak selalunya berkesan untuk kondisi seperti ini kerana ia akan berlalu dengan masa yang agak lama. Antara perkara lain yang boleh dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah ini adalah mengenalpasti apakah punca rambut mereka gugur, dan cuba untuk mengurangkan aktiviti atau menjauhkan diri dari penyebab ia berlaku.

Di sinilah Nutri M Anti Hairloss Regimen akan mengambil tempat sebagai booster untuk mempercepatkan proses penumbuhan semula rambut dengan kadar yang optimum dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan oleh folikel rambut agar ia lebih kuat dan kembali sihat semula.

And the only way to find out if it works or not is by trying it yourself :) Hubungi kami segera agar kami dapat membantu anda!